Bye bye Seoul...Aku dan Seoul

Jul 31, 2011 9:16 PM coretan oleh Spring Lover 0 comments
Sepanjang di Seoul..cuaca tak menentu kejap hujan ribut, pas tu panas terik..
seperti biasa aku gi tempat-tempat yg aku dah gi last year, memang tak jemu cuma kali ni berbeza ..

layan jer picture2 di Seoul hehehe

masjid di Itaewon


world cup stadium

banyak pic lagi...tapi nanti2 ler hehhehe

Visit Korea... Aku ke Seoul lagi...

Jul 24, 2011 6:25 PM coretan oleh Spring Lover 0 comments
What??? Seoul again... yeah rite!
I'm going back there again
so abg macho bawah ni tak yah rindu kat I..
I'm coming home... I'm coming home..hahahaha







atas ni picture kat one of the palaces yang aku gi.. tak ingat nama dah..
tak per sok aku gi lagi hehehe

minah2 ni cantik dgn pakaian 'hanbok' ..
kalau nak bergambar dengan pakaian ni pun boleh..tapi kene bayar ler..
mana ada bende free..hehehe

fuh!! kali tensen giler persiapan ke Seoul..
aku beli tiket last minute
so tiket pergi aku beli ekonomi
balik xdapat..kene beli tiket premium...huhu flatbed tu..lena tidur ku nanti hahahaha
duit pun melayang hehehhe
hilang modal Froyo ku!

mamat sebelah ni tak der laa dlm kejadian sebenar!! hehehe

Near Death Experience.. Aku dan eksiden

Jul 19, 2011 9:12 PM coretan oleh Spring Lover 0 comments


Kejadian ngeri ni berlaku dalam tahun 2007, tengah cruising at 110km/h, dekat hiway Bukit Gantang, tetiba... pang!!!!!!!.. berdarah cermin depan kereta.. rupanya ada kemalangan..seekor burung telah melanggar kereta aku.
Ngeri sungguh... nasib baik tak terbabas kereta sebab terkejut. Kejadian ngeri burung, rama-rama, bedoyong langgar kereta aku ni bukan lah pertama kali, acap kali dah berlaku sampai aku dah lali.


(pic: googled)

Ada beberapa sebab kenapa burung tu boleh hilang kawalan:-

1) sayap tak balance/ patah sayap
2) kepala dia pening
3) salah baca koordinat landing
4) memang burung tu marahkan aku heheheh
5) dll

P/s entry yang paling mengarut tapi benar.

MID Android Froyo... Aku dan froyo lagi

Jul 11, 2011 8:24 PM coretan oleh Spring Lover 0 comments
Stok setakat Sabtu 9/7, tapi hari ni dah habis semua.

Apa yang menarik? bagi user baru, yang cuma tahu basic computing, gadget ni amatlah berguna, ianya tak semahal Samsung Galaxy tab dan juga Ipad.. tapi applikasi yang ada kat android memang meriah.. ada lebih dari 680,000 applikasi percuma dan berbayar.


tak besar mana pun, sejengkal jari jer..

setakat ni dah berjaya jual 20 unit, ada lagi 10 dalam perjalanan 5 telah ditempah.
ada 2 pilihan kaler.. biru dan putih..



Aku xperlu jual pun, sekadar membantu kawan yang nak berniaga. mana tau satu hari dia boleh buka kedai hp dan komputer hahaha.

Gadget ni boleh mencapai mana2 wifi serta 3g dengan senang. Tak perlu lagi berebut dengan sesapa, boleh ber "muka buku" sambil baring di atas katil, boleh update blog di mana-mana saja, mencari info di google, membalas email dan sebagainya.

Pendek kata, amat berguna bagi mereka yang menghargai masa, daripada duk termenung sedang masa berjalan... renung-renungkan lah hahahahaha



Flytouch Android Froyo 2.2 ... Aku ngan gadget lagi

Jul 6, 2011 9:04 AM coretan oleh Spring Lover 0 comments


Aku ni memang giler gadget, sejak dari dulu, asal kuar yang baru aku akan grab dan godeh sehingga bosan, lepas tu aku akan jual..

Sebulan dua ni aku duk eyeing this one gadget " Flytouch Android Froyo 2.2" .. macam menarik yet simple, kira nak browsing , ber muka buku, cek email dan sebagainya mudah ler, tak sehebat Ipad or galaxy tab pun. Seperti biasa, terkinja-kinja membelinya, asalnya beli 2, kawan nak lak, tambah lagi 5.. huh!! kawan aku si Dan terus nak jadi distributor nak bawak masuk dan branding bende ni.. aku? as usual malas nak layan bende- bende remeh.. Good Luck Dan! You always have my full support hehehe

Selepas sehari layan bende ni, aku makin jatuh chenta lak, pendek kata, senang hati lah dengan performance bende ni dan amat berpatutan dengan harganya sekali.. Boleh dapat award Superbrand ni.

Should you want to get one.. please DO NOT hesitate, just grab it ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...