Commuter Train KTMB.. Aku dah serik

Jun 22, 2011 9:43 PM coretan oleh Spring Lover


Tak tahu dah berapa lama aku tak naik komuter ni tapi masih tahu cara-cara dan peraturan penggunaannya. Last Monday, i had to travel back to my hometown, so i decided to take a commuter from KL Sentral.

KL Sentral seperti biasa tak pernah kurang manusianya, sentiasa penuh dan orang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing2. Lepas beli tiket, aku turun ke platform untuk menunggu komuter ke selatan. Terkejutnya melihat orang yang terlalu ramai dah menunggu, dengan pelbagai jenis bau dan kepanasan aku pun beratur dalam barisan. Apabila komuter sampai sahaja, barisan mula bergerak dan yang belakang dah mula bertolak sehingga niat untuk tidak meneruskan perjalanan terbantut bila aku ditolak masuk ke dalam gerabak.


Menakutkan sungguh, tolak menolak, gayut di pintu sampai terjerit2 orang marah sebab komuter tak bergerak, denan ketiadaan 'aircond', bau peluh, tengit, tak dapat aku bayangkan..insaf sekejap. Terasa seperti di Mumbai, atau setidak-tidaknya di Dhaka sebentar ...

KTMB, kalau nak sediakan perkhidmatan ini, biarlah sediakan secukupnya, bukan sekadar melepas btuk di tangga. Ambil lah inisiatif untuk menambah bilangan komuter pasa waktu2 penting, Tidak ler sampai penumpang terpaksa menunggu berjam2, sebab tu jadi ramai yang berpusu rebut bila satu komuter tiba.

Kerajaan, pantau lah, naikkan lah taraf pengangkutan awam... jangan sekadar laungan slogan 'Rakyat didulukan, ....bla ba bla..." jangan bila time mengundi tabur janji, bila rakyat tukar selera baru tau!!!! Jangan dah ada yang mati semasa berebut tu baru nak buat sesuatu.

KTMB SUCKS!!!!!

0 Response to "Commuter Train KTMB.. Aku dah serik"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...